« January 2008 | Main

February 13, 2008

REUNION : Satu Seni Persahabatan

Banner_1







"Jom gi jumpa kawan lama." "Seganlah. Aku dah banyak berubah sekarang."

    Antara butir yang biasa saya dengar tatkala perjumpaan tahunan ni menjengah lagi. Tegasnya, senang "berjumpa" di siber ni dari lokasi yang di tetapkan. Namun Reunion Tetaplah Reunion. Matlamat sama, Kaedah berbeza.

    "Junior" isteri saya ada berkata, "Akhi! Kami dah tak main reunion kat tempat-tempat ni, kami jumpa kat siber je." itu adalah salah satu kaedah dari generasi baru yang lebih selesa begitu dari begini.

    Tapi bagi "batch" saya BERJUMPA adalah kepuasan yang tidak dapat digambarkan. "Huish! dah berisi sekarang. Sumpah kalau lalu aku tak kenal ko." Hah! Itu ungkapan yang sinonim didengar dengan beberapa kosa yang saya rasa agak gila-gila.

P2070206     Begitulah seninya situasi ini. Seserius Yusmie bersembang dengan Nazmi (Gambar). Sesekali bila bertemu "panas" kerusi meja, se"panas" topik" yang dibualkan. Apapun bagi "Tuan" Ridhuan tetap tenang setenang kes di mahkamah. Namun begitu Naimie masih tercari-cari butir "selang Buah" untuk mencelah.

P2070208     Pertemuan yang telah dirancang pada petang Hari Raya Cina (7  Februari 2008) ni sikit sebanyak mencerna kaedah terbaru REUNION kami selepas 11 tahun meninggalkan bangku sekolah. Banyak pengalaman dikongsi bersama. Tidak lupa juga semakin ramai "berlumba" berumahtangga. Mungkin dah terasa "Tua" bagi yang telah berkeluarga. Meskipun begitu pertemuan ini amat bermakna.

    Kepada sahabat-sahabat saya yang "singgah" di coretan ini, saya minta sedikit pengorbanan iaitu tinggalkan nama dan no. tel  di  "comment"  untuk saya  "forward"kan kepada sahabat-sahabat yang tercari-cari.

    Kehadiran petang itu ialah :
1) Ridhuan Yusof & isteri : 012-265 2607
2) Meor Saiful  : 019-427 9554
3) K E  :  019-446 4765
4) Nazmi  :  012-436 2433
5) Yusmie  :  012-436 1047
6) Naimie  :  012-525 1000
7) Hidayatullah  :  012-252 6054
8) Toha  :  012-224 0096
9) Apai  :  012-6047022

* Jika ada pembetulan no. tel, sila tuliskan pada "comment"

SALAM UKHUWWAH... selamanya

                            

PENDITA ZAABA : Sebutir Mutiara Bangsa

4056167867 Dalam tulisannya di majalah Qalam (Bil 19:1952) beliau menyebutkan,

   

“Orang yang membiasakan dirinya meminta tolong dengan tiada berusaha sendirinya itu ialah melatih dirinya menjadi peminta sedekah.

    Maka, tidak ia akan sampai ke mana dalam pekerjaan mencapai kejayaan. Jika dapat pun olehnya ketinggian dan kejayaan itu dengan jalan demikian, tidaklah ada apa-apa yang ia boleh berbesar hati kerananya, kerana iaitu bukan dengan kudrat kebolehannya sendiri, hanya dapat dengan pertolongan orang.

    Perangai suka meminta tolong saja itu walaupun meminta tolong kepada Allah (SWT) kita sendiri tidak menjalankan usaha ikhtiar dengan secukupnya – sangat tidak betul kepada Islam ”.


* "terjumpa" sewaktu  mencari kata-kata hikmat bagi Majalah Sekolah SBP Integrasi Gopeng (BITARA '07). Semoga dapat mengambil iktibar dan halusi bait-bait kata-katanya.

February 12, 2008

UNTUKMU GURU

21

Lagu ni saya ciptakan untuk cikgu saya yang tersayang... CIKGU NORAINI ZAINAL ABIDIN.... sekarang ni 2008 dia PK HEM kat Sekolah Raja Perempuan Taayah



DIRIMU UMPAMA DIAN
MENERANGI KAMAR KEGELAPAN
DAN NYALAAN ITU MENYINARIKU
MEMIMPINKU KEJALAN YANG SATU

PENGORBANAN YANG KAU BERIKAN
MENGAJARKU ERTI KEHIDUPAN
SILAP SALAHKU DIKAU BETULKAN
KAU TETAP TABAH MENEMPUH DUGAAN

TERIMA KASIH PADAMU GURU
SEMOGA ALLAH MEMBERKATIMU
CURAHAN ILMU KATA DAN DOAMU
JADI AZIMAT SEPANJANG HIDUPKU

JASAMU GURU TAK KU LUPAKAN
WALAUPUN ITU TAK KAU HARAPKAN
KESALAHANKU MOGA KAU AMPUNKAN
KENANGKAN DAKU DIDALAM DOAMU

BERBUDI PADA TANAH

P1010039    Mulanya saya merasa kekok untuk berladang. Tak penah buat lagi. Tunggu dusun durian dengan opah pun susah nikan nak berladang. Tapi kerana minat ni untuk tujuan komersil, saya gagahi juga.

P1010041     Memang susah pada mulanya. Tapi atas bantuan konsaltansi dari En. Omar, segalanya berjalan lancar. Sebab, En. Omar dah buat ladang di Memali, Kedah. 3 tahun sudah. Jadi segala masalah kurang menjadi 6 bulan kerana atas nasihat pakar ni. THANX En Omar dan Ust Yusof.P1010030

    Maka pada raya ke-6, Saya, Azhar dan Muzaffar mengorak langkah ini. So dalam team En. Omar ni kami termuda. Kami namakan syarikat kami INFOGOAT. Tengok ladang EMADDUDDIN Sdn Bhd di Memali, Kedah. Ladang ni untuk ternakan kambing Boer baka. Muzafar siap peluk kambing ni. Sayang beno dia.

P1010031Ustaz Yusuf banyak bantu beri khidmat nasihat dalam pelihara kambing dan tanaman rumput napier ni. Ye napier taiwan. Benih ni kami ambil dari Pengkalan Hulu pada Encik Fuad. mula-mula ni cuma 1 tan je untuk 1 ekar.
P1220175_2
    Masa ni pagar tengah buat. Napier baru dipotong-potong. Kami nak tanam 9 mata sekali. Baru cepat naik. So bulan pertama akan ambil masa 8 minggu. Tapi seterusnya akan ambil masa 6 minggu.

P1240178     Gambar ni Mansor (adik Ipar Saya) tengah angkat baja ni. Baja ni Taik Kambing. THANX Mansor, ko memang hebat. Jadi Taik Kambing ni kami tabur kat ladang dulu supaya rumput tumbuh dengan elok nanti.

P2070201     Maka bermulalah episod menanam rumput pada Raya Cina lepas. Baru untuk minggu pertama, jadi kami ada 7 minggu lagi untuk mengerjakannya... SELAMAT BERLADANG INFOGOAT

February 02, 2008

profil : ASSHOIF HOLDINGS SDN BHD

LogoASSHOIF HOLDINGS SDN BHD
No. 31, Jalan Raja Musa Mahadi (Jalan Dairy)
31350 Ipoh. Perak.
tel : 05-3137702
BudakKami Menawarkan Perkhidamatan :

1. KAD PERKAHWINAN : Exclusively, 1 dalam dunia, free banner atau banting (Nampak Mewah Tapi Murah)

2. NAMEKAD : semurah RM 18.00 sekotak.

3. BANNER DAN BANTING : full colour design.

lain-lain produk Flag |Cap | Logo | T-shirt | Poster | Banner | Brosure | Bunting | Lanyard | Website | Cash Bill | Envelope | Calendar | Envelope | Pamphlet | Name Tag | Book Mark | Namecard | Letterhead | Order Form| Memo pad | Book Cover | Rubber Stamp | Wedding Card | Multimedia Presentation, etc.

more information call / sms : 019-427 9554
We

February 01, 2008

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) : Dilema antara Pelajar atau Pentadbiran

Foto_mahasiswa_1
Sepengalaman saya, saya pernah berhadapan situasi ini. Bak kata pepatah "Ditelan Mati emak, Diluah Mati Bapa", entah macamana pepatah ini dicipta wallahua'lam. Hakikatnya inilah persimpangan bagi mahasiswa terpilih ini untuk menarajui kepimpinan kampus.

Kebelakangan ini dimomokkan pula dengan 2 spesis mahasiswa (mungkin sengaja dilabelkan) samada pro-pelajar atau aspirasi. Dari bahasa pasarnya "pembangkang @ kerajaan" ini semua kononnya untuk mematangkan mahasiswa. Harus diingat AUKU itu sendiri memagarinya.

Baiklah pangkalnya diskusi ini untuk menghalusi peranan "mahasiswa terpilih" ini. Umumnya "Perwakilan Pelajar" bermakna jurus kepada PELAJAR. Bermakna "Mahasiswa Terpilih" ini harus popular dikalangan pelajar. POPULAR bermaksud berperanan kepada pelajar 300% untuk mereka.
443328516_b86f3e07b7_1
Khasnya pula, ada "mahasiswa terpilih" memilih jalan selamat dengan ditatang oleh pentadbiran. Sedar tanggungjawab mereka telah terpesong. Seharusnya "Mahasiswa Terpilih" ini adalah jambatan bagi pelajar dan pentadbiran. agak bacul jika isu pelajar gagal diselesaikan dek kerana tekanan kononnya dari  pentadbiran.

Kepada "Mahasiswa Terpilih", jadilah insan yang menguasai amanah.... wallahua'lam

PERMATA HATI AYAH IBU

Saya bukan mendabik dada yang  sudah mempunyai keluarga. Tetapi sempena hari lahir ni saya nak abadikan kenangan ini di blogs ini sebagai tanda terima kasih dan sayang.

Pc310003 Sayang (Isteriku) : terima kasih kerana kasih sayang selama ini. Pengorbanan yang tak ternilai selama ini.
Amni Noor Syakirah (Kak Long) :  alhamdulillah...  kecerdikan anugerah Allah pada Kak Long akan ayah murnikan dengan agama.
Adni Noor Umairah (Adik) : alhamdulillah... kelincahan anugerah Allah pada Adik akan ayah murnikan dengan agama.

Pc310008 Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Surah Al-Tahrim 66: Ayat 6)

Pc310009_1 "Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrahnya) maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. (Muttafaqun 'Alaih)

"Ya Allah! Jadikanlah aku seorang lelaki dan ayah yang baik untuk keluargaku" Amin...

My Photo

May 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31
Powered by Friendster Blogs