Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) : Dilema antara Pelajar atau Pentadbiran
Sepengalaman saya, saya pernah berhadapan situasi ini. Bak kata pepatah "Ditelan Mati emak, Diluah Mati Bapa", entah macamana pepatah ini dicipta wallahua'lam. Hakikatnya inilah persimpangan bagi mahasiswa terpilih ini untuk menarajui kepimpinan kampus.
Kebelakangan ini dimomokkan pula dengan 2 spesis mahasiswa (mungkin sengaja dilabelkan) samada pro-pelajar atau aspirasi. Dari bahasa pasarnya "pembangkang @ kerajaan" ini semua kononnya untuk mematangkan mahasiswa. Harus diingat AUKU itu sendiri memagarinya.
Baiklah pangkalnya diskusi ini untuk menghalusi peranan "mahasiswa terpilih" ini. Umumnya "Perwakilan Pelajar" bermakna jurus kepada PELAJAR. Bermakna "Mahasiswa Terpilih" ini harus popular dikalangan pelajar. POPULAR bermaksud berperanan kepada pelajar 300% untuk mereka.
Khasnya pula, ada "mahasiswa terpilih" memilih jalan selamat dengan ditatang oleh pentadbiran. Sedar tanggungjawab mereka telah terpesong. Seharusnya "Mahasiswa Terpilih" ini adalah jambatan bagi pelajar dan pentadbiran. agak bacul jika isu pelajar gagal diselesaikan dek kerana tekanan kononnya dari pentadbiran.
Kepada "Mahasiswa Terpilih", jadilah insan yang menguasai amanah.... wallahua'lam

Comments