PENDITA ZAABA : Sebutir Mutiara Bangsa
Dalam tulisannya di majalah Qalam (Bil 19:1952) beliau menyebutkan,
“Orang yang membiasakan dirinya meminta tolong dengan tiada berusaha sendirinya itu ialah melatih dirinya menjadi peminta sedekah.
Maka, tidak ia akan sampai ke mana dalam pekerjaan mencapai kejayaan. Jika dapat pun olehnya ketinggian dan kejayaan itu dengan jalan demikian, tidaklah ada apa-apa yang ia boleh berbesar hati kerananya, kerana iaitu bukan dengan kudrat kebolehannya sendiri, hanya dapat dengan pertolongan orang.
Perangai suka meminta tolong saja itu walaupun meminta tolong kepada Allah (SWT) kita sendiri tidak menjalankan usaha ikhtiar dengan secukupnya – sangat tidak betul kepada Islam ”.
* "terjumpa" sewaktu mencari kata-kata hikmat bagi Majalah Sekolah SBP Integrasi Gopeng (BITARA '07). Semoga dapat mengambil iktibar dan halusi bait-bait kata-katanya.

Comments