PERMATA HATI AYAH IBU
Saya bukan mendabik dada yang sudah mempunyai keluarga. Tetapi sempena hari lahir ni saya nak abadikan kenangan ini di blogs ini sebagai tanda terima kasih dan sayang.
Sayang (Isteriku) : terima kasih kerana kasih sayang selama ini. Pengorbanan yang tak ternilai selama ini.
Amni Noor Syakirah (Kak Long) : alhamdulillah... kecerdikan anugerah Allah pada Kak Long akan ayah murnikan dengan agama.
Adni Noor Umairah (Adik) : alhamdulillah... kelincahan anugerah Allah pada Adik akan ayah murnikan dengan agama.
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu
dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala);
Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar
(layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang
diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala
yang diperintahkan. (Surah Al-Tahrim 66: Ayat 6)
"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrahnya) maka kedua
ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.
(Muttafaqun 'Alaih)
"Ya Allah! Jadikanlah aku seorang lelaki dan ayah yang baik untuk keluargaku" Amin...

Recent Comments