February 13, 2008

PENDITA ZAABA : Sebutir Mutiara Bangsa

4056167867 Dalam tulisannya di majalah Qalam (Bil 19:1952) beliau menyebutkan,

   

“Orang yang membiasakan dirinya meminta tolong dengan tiada berusaha sendirinya itu ialah melatih dirinya menjadi peminta sedekah.

    Maka, tidak ia akan sampai ke mana dalam pekerjaan mencapai kejayaan. Jika dapat pun olehnya ketinggian dan kejayaan itu dengan jalan demikian, tidaklah ada apa-apa yang ia boleh berbesar hati kerananya, kerana iaitu bukan dengan kudrat kebolehannya sendiri, hanya dapat dengan pertolongan orang.

    Perangai suka meminta tolong saja itu walaupun meminta tolong kepada Allah (SWT) kita sendiri tidak menjalankan usaha ikhtiar dengan secukupnya – sangat tidak betul kepada Islam ”.


* "terjumpa" sewaktu  mencari kata-kata hikmat bagi Majalah Sekolah SBP Integrasi Gopeng (BITARA '07). Semoga dapat mengambil iktibar dan halusi bait-bait kata-katanya.

                            

February 12, 2008

UNTUKMU GURU

21

Lagu ni saya ciptakan untuk cikgu saya yang tersayang... CIKGU NORAINI ZAINAL ABIDIN.... sekarang ni 2008 dia PK HEM kat Sekolah Raja Perempuan Taayah



DIRIMU UMPAMA DIAN
MENERANGI KAMAR KEGELAPAN
DAN NYALAAN ITU MENYINARIKU
MEMIMPINKU KEJALAN YANG SATU

PENGORBANAN YANG KAU BERIKAN
MENGAJARKU ERTI KEHIDUPAN
SILAP SALAHKU DIKAU BETULKAN
KAU TETAP TABAH MENEMPUH DUGAAN

TERIMA KASIH PADAMU GURU
SEMOGA ALLAH MEMBERKATIMU
CURAHAN ILMU KATA DAN DOAMU
JADI AZIMAT SEPANJANG HIDUPKU

JASAMU GURU TAK KU LUPAKAN
WALAUPUN ITU TAK KAU HARAPKAN
KESALAHANKU MOGA KAU AMPUNKAN
KENANGKAN DAKU DIDALAM DOAMU

February 01, 2008

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) : Dilema antara Pelajar atau Pentadbiran

Foto_mahasiswa_1
Sepengalaman saya, saya pernah berhadapan situasi ini. Bak kata pepatah "Ditelan Mati emak, Diluah Mati Bapa", entah macamana pepatah ini dicipta wallahua'lam. Hakikatnya inilah persimpangan bagi mahasiswa terpilih ini untuk menarajui kepimpinan kampus.

Kebelakangan ini dimomokkan pula dengan 2 spesis mahasiswa (mungkin sengaja dilabelkan) samada pro-pelajar atau aspirasi. Dari bahasa pasarnya "pembangkang @ kerajaan" ini semua kononnya untuk mematangkan mahasiswa. Harus diingat AUKU itu sendiri memagarinya.

Baiklah pangkalnya diskusi ini untuk menghalusi peranan "mahasiswa terpilih" ini. Umumnya "Perwakilan Pelajar" bermakna jurus kepada PELAJAR. Bermakna "Mahasiswa Terpilih" ini harus popular dikalangan pelajar. POPULAR bermaksud berperanan kepada pelajar 300% untuk mereka.
443328516_b86f3e07b7_1
Khasnya pula, ada "mahasiswa terpilih" memilih jalan selamat dengan ditatang oleh pentadbiran. Sedar tanggungjawab mereka telah terpesong. Seharusnya "Mahasiswa Terpilih" ini adalah jambatan bagi pelajar dan pentadbiran. agak bacul jika isu pelajar gagal diselesaikan dek kerana tekanan kononnya dari  pentadbiran.

Kepada "Mahasiswa Terpilih", jadilah insan yang menguasai amanah.... wallahua'lam

My Photo

May 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31
Powered by Friendster Blogs